PENCARIAN JURNAL TESIS

Langkah 1: 
Mula-mula korang pergi kat web ni : http://www.ukm.my/library/
korang akan nampak ini,

Image

Langkah 2: 
Masukkan ID dan kata laluan ( macam nak pinjam buku kat PTSL) dalam bulatan merah.
kemudian akan keluar macam E-Journal Portal ni pulak,
Image
Langkah 3:
Scroll ke bawah pada page ni sampai jumpa EBSCOHOST seperti dalam bulatan merah di bawah,
Image
Klik pada EBSCOHOST ni ye.
Langkah 4: 
Klik pada Academic Source Premier (yang atas sekali), macam ni,

Image

Langkah 5:
 Select pada senarai berikut:
  1. Academic Search Premier
  2. PsycARTICLES
  3. Psychology and Behavioral Sciences Collection
(depends pada tajuk tesis korang jugak la ye. Biasanya yang berkaitan perguruan ni dekat 3 bahagian seperti di atas)
 
Langkah 6:
Klik Continue pada button bawah sekali tu.
Langkah 7:
ok, sampai sini je korang dah boleh senyum dan rilek2 sikit dah. Jangan stress2 sangat k. hehe. Mesti semua muka serius je belek blog ni sambil bukak link2 atas ni kan. HAHAHA!
Tapi nak ingatkan part next ni ada dua part korang kena perhatikan, yang pertama adalah pengisian keywords untuk search tu, yang kedua adalah wajib klik Fulltext. Dua2 ni saya dah bulatkan merah. Fulltext ni untuk kita dapatkan complete jurnal yang boleh djadikan rujukan tesis kita. Macam ni haa

Image

Bagi bahagian keywords tu, kalau nak lebih spesifik korang boleh isi pada kotak kedua atau ketiga.
Contoh nya, kalau nak cari “student teacher in physics subject”.
Kotak pertama letak “student teacher”, kotak kedua (bawah) letak “physics”.
(Jurnal dalam ni ENGLISH tau! )
Kadang2, ape yang dicari tu tak jumpa atau bahan yang dibagi tu tak banyak pilihan. So, jadikan pencarian korang secara general. Maksudnya kat sini just cari “student teacher” sahaja.
Yang kotak kedua tu kosongkan je. InsyaAllah banyak rujukan akan keluar. Macam tu lah ye. hehe
Kemudian, boleh la download jurnal2 yang korang rasa sesuai dengan tajuk tesis korang.
SELAMAT MENCUBA!!
***Harap dapat membantu***
Alternatif lain boleh jugak cari kat Jurnal Fakulti kita melalui link ni:
chrome://newtabhttp//www.ukm.my/jurfpend/contents_bm.html
TAMAT

 

Aside

Tempahan Baju Pengurusan Seni

Salam dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada semua individu yang telah membuat tempahan baju Pengurusan Seni, sila semak detail anda terutama ejaan nama pada baju. Jika terdapat sebarang kesalahan mahupun pertanyaan, anda boleh meninggalkan mesej di inbox FB saya ‘Hanisah Hanapi’. Mengenai saiz baju, pihak kami akan membawa sample baju untuk dicuba dan kemudian saiz baju anda akan direkodkan. Sila alert dengan pemberitahuan berikutnya. Kepada yang tersenarai MERAH, sila jelaskan pembayaran selewat-lewatnya pada SELASA 15 Mac 11. Sekiranya masih ada yang ingin membuat tempahan, anda boleh lah berbuat demikian juga selewat-lewatnya SELASA 15 Mac 11. Sila hebahkan kepada rakan lain. Kerjasama anda didahului dengan ucapan Terima kasih. Mahasiswa Memartabatkan Budaya Bangsa. =)

KMK

View this document on Scribd

Projek PBT 2

Projek kedua dari Dr Rokiah: Projek PBT

Design Baju PS

Setelah mendengar suara majoriti, pemilihan warna adalah bertemakan hitam pink. Design ini akan dibincangkan bersama En Aajaz bagi proses tempahan.

DESIGN BAJU PENGURUSAN SENI

Tema: Hitam-Pink [deep pink]
Jenis Tulisan [Calibri(body)]

1. HADAPAN:
kiri-logo UKM
kanan-Nama

2. BELAKANG:
-Logo UKM
-PUSAT KEBUDAYAAN
-JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR
-UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
www.ukm.my/culturec

3. LENGAN KANAN:
ARTISUKMA(Besar)
PENGURUSAN SENI (Kecil)

4. LENGAN KIRI:
Logo 40 Tahun UKM

5. Poket Simpan/Tampal (mana lagi ok?)

6. LELAKI ( Seperti Di Atas)

7. WANITA:
-Lengan Panjang
-Cutting (dat)

Saiz baju juga akan diberitahu kemudian. Sekian, Terima Kasih.

 

Latest Slide KMK

Kepada semua ahli Asparagus, disini disertakan sekali Slide Presentation untuk hari rabu ini. Diminta pembentang bersedia lebih awal. Kerjasama anda didahului dengan ucapan Terima Kasih. Sila download : Kemahiran Membuat keputusan =)

Cubaan: Design Baju PS

First time cuba. Tak banyak idea. Sila komen. =)

Bahagian lengan akan diletak “PENGURUSAN SENI” dan logo UKM(kiri dan kanan). Untuk Wanita, lengan tiga suku dan kelepet 2″ (inchi) dan cutting bahagian pinggang.

Selamat Menuju Ke “Silent World”

Menjadi norma kehidupan mahasiswa di IPTA, IPTS mahupun pusat2 pengajian yang lain, musim peperiksaan akan menjadi satu musim di mana kebanyakkan pelajar akan berada di dalam zonesilent world“. Tak lain dan tak bukan mereka hanya fokus pada pelajaran untuk dijadikan senjata perang ketika didalam dewan peperiksaan. Itulah lumrah mahasiswa, juga lumrah saya sebagai mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pendidikan Sains Fizik. Media di bawah ditujukan khas kepada semua coursemate saya:

Trying Poster 2

Setelah bertungkus lumus selama beberapa jam, akhirnya saya berjaya menghasilkan poster berkaitan fizik bagi kursus Teknologi Pendidikan saya. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya lebih berpuas hati dengan hasil saya sendiri bagi melahirkan poster kedua saya. Dalam keadaan di mana masa sangat mencemburui saya, rasanya poster ini sudah cukup untuk saya bentangkan pada kelas akan datang. Tetapi sekiranya pembentangan ditunda dan saya masih punya waktu untuk mengedit atau melahirkan satu lagi karya, InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik. Memandangkan saya ingin mencari sesuatu yang terbaik, maka saya perlu ada usaha untuk diri saya sendiri. Mempelajari Adobe Photoshope CS3 merupakan suatu pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih kepada kawan2 yang telah memmberi tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi ini yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Hasil karya:

 

Slide KMK

Sori, Boleh tolong Cari Gamba tu Slide tradisional x. Contoh, gamba urut perut, nenas, buluh runcing, ranting kayu. Fakator2 tu xsempat nak edit. SOri! sori! sori! ni slide part org Slide Nisa yang ni slide Solehah implikasi

Previous Older Entries